Sunday 21 October 2012

Add Mouse Code - Game®

Saturday 20 October 2012

Add Mouse Code - Game®

Wednesday 17 October 2012

SIMPULAN BAHASA

• Simpulan bahasa ialah ungkapan indah yang dicipta untuk melahirkan
sesuatu perasaan secara tidak langsung
• Bertujuan untuk menyindir ,mendidik atau memberikan pengajaran
dan pedoman kepada masyarakat

LATIHAN 1


Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.


1 “Nasihat saya langsung tidak dipedulikannya. ............ betul budak itu,”

Kak Yah kepada kami.
A Kepala lutut
B Kepala lanun
C Kepala angin
D Kepala batu

2 Kalau ayah.......... yang lebih tahun ini , ayah akan membawa kami berumrah sambil

melancong ke Eropah .
A ada rezeki
B membawa rezeki
C mencari rezeki
D terbuka rezeki

3 Anak-anak Pak Aris disenangi oleh jiran-jirannya kerana mereka ...............

A tinggal tulang
B berat tulang
C tulang belakang
D ringan tulang

4 “Pada tahun ini nampaknya buah-buahan di kampung kami .............. ,” keluh

Batin Uda .
A kurang jatuh
B kurang jadi
C kurang masak
D kurang manis

5 “ Dulu keluarga opah hidup susah, jadi ayah opah tidak .......... tentang persekolahan opah,”

kata Opah Rozy kepada cucu-cucunya.
A ambil langkah
B ambil berat
C ambil hati
D ambil kira

6 Kita tidak patut ............. kawan kita di hadapan rakan-rakan kita yang lain.

A membuka hati
B membuka langkah
C membuka pekong
D membuka mulut

7 “ Bersabar tuan hamba,jangan cepat melenting dan terlalu mengikut ............. , nanti kita

juga yang akan kecundang,” kata Pak Malau kepada Si Jaka.
A darah muda
B darah tinggi
C darah perkasa
D darah gemuruh

8 Abot dan Akim itu memang ............. Mereka suka melepak tidak tentu arah

sehingga lewat malam baru pulang ke rumah.
A kutu rayau
B kutu embun
C kacang hantu
D hantu siang

9 Datuk selau berpesan kepada kami agar menjaga ............. apabila berada

di perantauan.
A isi hati
B harga diri
C harga mati
D ringan mulut .

10 Setelah selesai makan nasi ambang, kami dihidangkan pula dengan ................

A pencuci tangan
B pencuci mulut
C pencuci kaki
D buah tangan
  1. Berita kehilangan Balkis menjadi ............... orang kampung
    1.   buah mulut
    2.   makan hati
    3.   pasang telinga
    4.   ringan tulang
  2. Hashimi disukai oleh kawan-kawannya kerana dia ................
    1.   makan hati
    2.   ringan tulang
    3.   pasang telinga
    4.   buah mulut
  3. Kamariah ................ di belakang pintu untuk mendengar perbualan orang tuanya.
    1.   pasang telinga
    2.   buah mulut
    3.   makan hati
    4.   ringan tulang
  4. Perbincangan untuk menyelesaikan masalah syarikat menemukan ...............................
    1.   ringan tulang
    2.   jalan buntu
    3.   pasang telinga
    4.   buah mulut
  5. Puan Sarimah ................. dengan sikap anaknya yang tidak mendengar kata itu.
    1.   pasang telinga
    2.   buah mulut
    3.   makan hati
    4.   jalan buntu
  6. ................... yang dikemukakan oleh Puan Mariah akan dipertimbangkan oleh pihak pengurusan.
    1.   Buah tangan
    2.   Buah fikiran
    3.   Buah hati
    4.   Buah mulut
  7. Tuan Abdul disayangi oleh para pekerjanya kerana dia .......................
    1.   ada hati
    2.   sakit hati
    3.   murah hati
    4.   ringan tangan
  8. Azami percaya bahawa kejayaan pasti ............. kerana dia sudah berusaha bersungguh-sungguh.
    1.   dalam tangan
    2.   buah tangan
    3.   terang hati
    4.   besar hati
  9. Fakri ................ supaya ayahnya membelikannya kereta kawalan jauh.
    1.   mencari akal
    2.   mengambil hati
    3.   memberi peluang
    4.   mengatur langkah
  10. Fakhrul .................. apabila melihat kotak mainannya diselongkar oleh adiknya.
    1.   hati batu
    2.   ada angin
    3.   berat hati
    4.   naik darah
  11. Rumah Mak Hani tidak dikunjungi kanak-kanak kerana dia ..................
    1.   tangkai jering
    2.   ringan tulang
    3.   makan hati
    4.   berat hati
  12. Mohd Saiful membawa ...................... semasa melawat kawannya di hospital.
    1.   ada hati
    2.   terang hati
    3.   buah fikiran
    4.   buah tangan
  13. Sikap Arif yang suka ............ menyebabkan dia dibuang kerja.
    1.   berat mata
    2.   buruk siku
    3.   curi tulang
    4.   mulut murai
  14. Aliza .............. kepada Pak Amat dan Mak Jah.
    1.   anak angkat
    2.   buah hati
    3.   anak gahara
    4.   isi hati
  15. Ravi .................. apabila melihat bayangan yang menyeramkan itu muncul di kaca televisyen.
    1.   cari akal
    2.   kaki rambu
    3.   kering darah
    4.   tawar hati


1.Walaupun telah berunding selama lima jam, mereka masih belum mendapat .................bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.
A. jalan keluar B. jalan belakang C. jalan pintas D. jalan tengah

2.  Oleh kerana Siti seorang yang sangat teliti, dia ................. untuk menyiapkan kerja sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.

A.mengambil peluang B.mengambil langkah C.mengambil berkat D.mengambil masa

3.Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu .................. sehingga dia tahu yang mana satu hendak dibelinya.

A.gelap mata B.putih mata C.rambang mata D.Rabun mata

4. Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang sedang diajar.

A.terang hati B.sampai hati C.cekal hati D.ada hati

5. Rahman merupakan ............... pasukan Harimau. Tidak hairanlah segala kemahuannya dituruti.

A.tulang belakang B.keras tulang C.ringan tulang Dtulang empat kerat


6. Sahabat yang baik tidak patut ................ kawan di hadapan rakan-rakan yang lain.

A. membuka tembelang B. membuka langkah C. membuka mulut D. membuka mata


7. Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut ................ , nanti kita juga yang akan menyesal.

A. darah gemuruh B. darah caging C. darah muda D. darah dingin

8. Amran berkata, "Inilah ............. saya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ".

A. kata sepakat B. kata hikmat C. kata dua D. kata putus

9. Mat Deris begitu ................ menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama terbiar.

A ada hati B. cekal hati C. kecil hati D. rendah hati

10. Sejak peristiwa itu Puan Salwa .............. untuk membenarkan anaknya menyertai perlawanan bola sepak.

A. jauh hati B. kecil hati C. berat hati D. patah hati

11. En. Hamidon seorang yang ................ . Beliau sentiasa menghormati dan melayani pekerja - pekerjanya.

A. rendah diri B. mata duitan C. pilih kasih D. hidung tinggi

12. Pemuda teksi itu tidak sanggup ................ dengan penumpangnya yang kurang sopan.

A. berhati batu B. berhati perut C. bertegur sapa D. bertikam lidah

13. Tetamu yang baru dikenali itu diterima oleh keluarganya dengan ...................

A. cepat tangan B. bekas tangan C. tangan sejuk D. tangan terbuka

14. Tuan doktor, kami berdua sudah lima tahun berkahwin, tetapi masih belum mendapat ................

A. anak tiri B. anak emas C. anak angkat D. cahaya mata


15. Kawan-kawan sekelian, kita mestilah .............. dengan kejayaan mereka kalau mereka boleh mengapa kita tak boleh.

A ambil hati B iri hati C. cekal hati D. besar hati


16. Puan Eda baharu pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik kita akan dapat ..............

A. bekas tangan B. tanda mata C. buah hati D. mengadu nasib


17. Urusan .............. kereta Proton Satria itu diserahkan kepada Syarikat Sinar Baru.
A. campur tangan B. guna tenaga C. temu janji D. jual beli



18. Bencana alam yang melanda Kobe menyebabkan makanan bertambah mahal.
A. harga mati B. jual mahal C. naik harga D. harga tetap


19. Semasa taklimat kepada ibu bapa, Guru Besar menerangkan satu persatu keputusan peperiksaan anak-anak di Tahun Enam.
A . panjang akal B. panjang lebar C. panjang lidah D. panjang bicara


20. Pelanggan-pelanggan di warung Pak Mat Noor berbual -bual dengan tidak menentu dan membuang masa sahaja.
A. cakap besar B. khabar angin C. omong kosong D. mengadu domba


21. Pakcik Ismail tidak akan mendengar walaupun kita bercakap kuat dengannya kerana dia ........... .
A telinga lintah B telinga pekak C pekak tuli D pekak badak


22. Sewaktu berada di komplek membeli-belah itu saya menjadi ....................kerana terlalu banyak barang yang menarik.

A. gelap mata B.rambang mata C.pening kepala D.rambang hati

23. Kakinya luka terpijak paku kerana tabiatnya yang gemar .................. apabila rayau di belakang rumah.
A. berkaki bangku
B. berkaki ayam
C. berkaki botol
D. berkaki bola


24.  Walaupun Puan Rogayah .................... , namun dia sangat disayangi oleh anak-anak Encik Zali kerana tingkahlakunya yang baik.
A.ibu angkat
B. anak emas
C. buah hati
D. ibu tiri

25. Sejak tamat sekolah, kerjanya cuma ................... di rumah. Dia sedikitpun tidak mahu berusaha mencari kerja.
A. makan angin
B. memilih bulu
C. makan tidur
D. bermain mata

26. Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. .
A. rusa masuk kampung
B. beruang dalam belukar
C. kuda belang
D. lipas kudung


27. Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti .............
A. rusa masuk kampung
B. burung dalam sangkar
C. ayam kehilangan anak
D. anjing menyalak bukit

28. Pasukan Bolasepak Selangor tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu. Mereka mendakwa pengadil itu ............... .
A.berat perut
B. berat badan
C. berat mata
D. berat sebelah


29. Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka ................ .
A. curi hati
B. curi tulang
C. curi ayam
D. curi kerja


30." .................... apabila saya mengajar !" kata Cikgu Amid dengan keras.
A. Dengar telinga
B. Dengan lihat
C. Pasang telinga
D. Pasang mata




31. Kakak jiran di sebelah rumah saya pemurah orangnya tetapi dia suka menceritakan hal orang lain.
A.buah mulut
B. murah mulut
C. mulut besar
D. bawa mulut


32. Fatimah bergaduh dengan Chua adalah disebabkan Tijah menjadi ................... nya.
A. hati batu
B. kepala batu
C. batu keras
D. batu api

33. Encik Kadir mendapat sokongan....................... dari guru-guru untuk menjadi pengerusi kebajikan.
A. sepenuh hati
B. sepenuh suara
C. sebulat suara
D. sepenuh isi

34. Mak Cik Ara adalah seorang yang .............. sebab itu dia sangat disukai oleh penduduk Kampung Berata.
A. panjang tangan
B. ringan tulang
C. buah mulut
D. buah tangan

35. Emak selalu membawa .............. untuk kami apabila pulang dari luar negeri.
A. buah-buahan
B. buah hati
C. buah tangan
D. ringan tulang


36. Akibat sikapnya yang ....................... itu, dia sanggup membunuh abangnya sendiri.
A. panas baran
B. gila babi
C. gila pangkat
D. naik angin


37. Akibat sikap yang tidak bertanggungjawab, habis dinding-dinding tandas awam diconteng oleh remaja-remaja yang ................. .
A. gatal tangan
B. lepas tangan
C. panjang tangan
D. buah tangan

38. Ismail ialah satu-satunya anak Encik Bosri sebab itu dia ditatang seperti .................. .
A.minyak wangi
B. minyak hampir jatuh
C. minyak yang penuh
D. minyak masak


39. Orang yang .................. biasanya dia tidak ada kawan.
A. panjang tangan
B. buah tangan
C. berat tangan
D. depa tangan

40. Orang yang mempunyai ......... yang baik sentiasa disanjung orang.
A. budi bahasa
B. bahasa bunga
C. budi-budian
D. mulut berbahasa

41 ............. yang didengarnya dari orang-orang kampung menyebabkan dia sentiasa bersedih dan tidak lalu makan.
A. Makan angin
B. Naik angin
C. Khabar angin
D. Mulut tempayan


42. Ain berasa ................. kerana tidak dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik.
A. senang hati
B. terang hati
C. buta hati
D. susah hati


43. Chua ............. apabila rnelihat wang yang begitu banyak di atas mejanya.
A. cari jalan
B. sua muka
C. besar hati
D. gelap mata


44 .................... yang dilakukan oleh pihak pemberontak itu dapat menawan dua puluh orang duta dari negara luar.
A. Serkap jarang
B. Serang hendap
C. Panjang tangan
D. Pukul curi


45 "Nampaknya, tahun ini padi kita ................... ", kata Wak Seman kepada isterinya.
A. kurang manis
B. kurang umur
C. kurang jadi
D. kurang tua


46. Dia suka membeli barang-barang yang berjenama mahal, maklumlah .................. .
A. makan hati berulam jantung
B. sudah jatuh ditimpa tangga
C. beringat-ingat sebelum kena
D. besar periuk, besarlah keraknya

Friday 12 October 2012

Thursday 11 October 2012


Menurut Kamus Dewan Edisi Empat;
“Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya.”
Kalau berlalu angin petang,
Malam terang bulan menjelma;
Kalau selalu ringan tulang,
Hidup senang orang pun suka.
Kalau setuju mahu berdagang,
Bawa pedati walau pun payah;
Kalau selalu berat tulang,
Orang benci hidup pun susah.
Kalau begitu kata berjanji,
Sungguh rela menunggu kasih;
Kalau selalu bermurah hati,
Diri gembira harta pun bersih.